Labels: Isu Pendidikan
Sejak diperkenalkan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah menimbulkan pelbagai polemik, masalah, rungutan dan sebagainya. Yang paling ketara ialah kelemahan persediaan prasarana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam melaksanakannya. Akibatnya, timbullah pelbagai rungutan daripada para guru yang turut merasai bebannya.
Oleh itu, PAS sebagai parti yang perihatin masalah rakyat.
Segala aduan ini diambil kira dan telah ketengahkan di dalam Dewan Rakyat agar diberi perhatian yang sewajarnya.
Dalam sidang parlimen pada 7 November yang lalu, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mengemukakan pertanyaan lisan tentang isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa PBS diperkenalkan di sekolah-sekolah kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan lambat.
Beliau juga bertanya mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan bahawa buat masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia belum bercadang untuk menyediakan elaun khas kepada guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Menurut beliau lagi, KPM mengambil maklum kesulitan yang dihadapi oleh guru dalam mengakses Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) online sebelum ini. Justeru, KPM telah menyediakan hosting khas yang berasingan bagi SPPBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September 2012 dan sistem tersebut pada masa ini adalah lebih stabil dan boleh diakses.
Dr Puad juga memberitahu bahawa, Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan capaian internet di semua sekolah di seluruh negara. KPM sedang memperluaskan perkhidmatan capaian internet melalui Projek 1BistariNet secara berperingkat-peringkat sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet di semua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbps.
Dalam hal ini, jelas bahawa KPM tidak bersedia sepenuhnya dari segi perkhidmatan on-line, sedangkan sepatutnya sistem ini telah mantap sebelum sistem ini dilaksanakan. Kelemahan ini boleh merencatkan kelancaran kerja para guru. Di samping itu, pelbagai persoalan lain timbul ialah tentang kesediaan para guru itu. Mereka terpaksa menyediakan peralatan komputer dan internet sendiri di rumah. Pada masa yang sama, sememangnya diketahui umum bahawa kemudahan internet jalur lebar khususnya dikawasan luar bandar amat ketinggalan.
Para guru bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan tugas yang semakin bertambah malah terpaksa menanggung peningkatan kos bil elektrik dan internet, membeli peraalatan komputer dan mengorbankan masa tambahan untuk kerja-kerja pengkeranian.
Berdasarkan jawapan Menteri Pelajaran ini, para guru diharap mendapat mesej yang jelas bahawa KPM belum bercadang atau mungkin juga tidak bercadang untuk memberi elaun tambahan, walau bebanan tugas dan kos bertambah.
Para guru juga terpaksalah bersabar dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Umno-BN ini kerana proses penambahbaikan capaian internet akan selesai sepenuhnya pada tahun depan.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat dalam Buku jingganya berjanji akan memberi imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru jika memerintah. Tawaran ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan kos, bebanan tugas serta tanggungjawab guru yang amat besar, berbanding kerjaya lain.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14692-tiada-elaun-untuk-guru-laksana-pbs
Labels: Isu Pendidikan
- Seorang pelajar sekurang-kurang perlu ada 30 evidence secara anggaran, jikalau satu kelas ada seramai 30-40 orang pelajar? Itu baru satu kelas…
- Semua kena masuk fail. Kemudian perlu dimasukkan pula dalam sistem PBS Tingkatan 1 (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini. Sayangnya sistem….
- Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) & Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). yang menarik dengan jawapan menteri adalah proses naiktaraf telah pun selesai pada akhir Sepetember 2012 dan dikatakan lebih stabil dan mudah diakses. Benarkah? Apa kata guru-guru yang menggunakan sistem PBS Tingkatan 1 online contohnya sekarang ini?
- Memperluaskan perkhidmatan capaian Internet melalui projek 1Bestari yang secara berperingkat-peringkatan sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet dis emua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbbs. Penganugerahan projek ini kepada YTL cukup kontroversi. Semak laporan yang kami sediakan di sini bertajuk : “1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIME“
Labels: Isu Pendidikan
Masalah kelewatan & data komputer sehingga menjadi bebanan kepada kalangan guru-guru Malaysia
Labels: Isu Pendidikan
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.
Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar)berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.
Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.
"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’.
"Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa ‘key in’ data 120 orang pelajar?"tegasnya.
Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.
Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in' data tidak dapat dilakukan.
"Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui.
Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini?
"Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem
pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14414-pbs-guru-dilayan-seperti-robot-masa-rehat-dirampas
Labels: Isu Pendidikan
Labels: Isu Pendidikan
Harakahdaily, | 19 Nov 2012 |
Labels: Isu Pendidikan
Guru dedikasi, |
Labels: Isu Pendidikan
Labels: Temuduga j-QAF Januari 2013
j-QAF yang dizalimi, |
Guru Kecewa, |
J-QAF Senior, |