Wednesday, November 10, 2010

Alhamdulillah dan tahniah kepada 21 orang pelajar tahun 6 SK RPR Jalan Astana yang telah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2010.

Tahniah juga kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam memastikan misi tahun ini tercapai.

Tahniah juga kepada semua pihak termasuk YDP PIBG dan Ajk nya serta ibubapa yang memberi sokongan kepada anak masing-masing khususnya dan sekolah umumnya.

Kepada pelajar yang tidak berjaya dengan keputusan yang baik jangan bersedih kerana perjalanan anda masih jauh lagi.

Kami semua guru-guru SK RPR Jalan Astana mengucapkan Tahniah di atas kejayaan anda semua.




Guru Besar mengumumkan di depan semua orang

Murid-murid berkongsi kejayaan

Pelajar 5A bergambar bersama guru


Keputusan penuh UPSR 2010



Gembira dengan kejayaan yang dicapai




0 Comments:

Post a Comment