Monday, May 21, 2012

jQAF Tanpa Gagal!
Sila download edisi terkini e-Laporan v12 untuk pengisian data pencapaian murid j-QAF tahun 2012.
Klik link di sini ini.
Atau terus ke laman web www.bpi.edu.my

Monday, May 7, 2012

BATU PAHAT 6 Mei - Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, di sini, hari ini.
Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserapkan menjadi guru.

Beliau berkata kerajaan ada mengambil guru lepasan ijazah dari Timur Tengah untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum memadai bagi menampung keperluan ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Disember lepas mengumumkan program perintis J-Qaf di sekolah menengah akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Muhyiddin berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah kebangsaan sejak 2005 itu berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 6 Mei 2012

;;