Tuesday, May 24, 2011

Untuk memudahkan guru-guru SK RPR Jalan Astana menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah, di sini ada diterangkan cara-cara menggunakannya.

  1. Klik link web ini http://apps.moe.gov.my/sppbs
  2. Klik pada petak GURU
  3. Login dengan nama dan password yang SUP beri
  4. Kemaskini profil
  5. Klik KEMASUKAN PRESTASI
  6. Pilih TAHUN, BULAN, KELAS dan klik CARI
  7. Isi prestasi pelajar yang dinilai
  8. Klik Simpan dan Rekod Selepas untuk pelajar seterusnya sampai habis satu kelas
  9. Klik Cetakan untuk mencetak prestasi murid.
  10. Klik Laporan Formatif untuk cetak pentaksiran bulanan pelajar dan Laporan Sumatif untuk pentaksiran akhir semester
  11. Pilih option yang betul
  12. Paparan prestasi FORMATIF akan keluar dan boleh mula mencetak
  13. Ini untuk laporan SUMATIF
  14. Akhirnya SIMPAN file laporan ini dalam Pendrive dan boleh mula mencetak
  15. Web untuk rujukan http://skalmajaya-skaj.blogspot.com/2011/05/bengkel-sistem-pengurusan-pentaksiran.html
  16. Download modul latihan SPPBS http://www.mediafire.com/?qylorsjhb9dqypa#1

Saturday, May 7, 2011

ePelaporan 2011


Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.

SUMBER DIPEROLEH DARI :
http://e-laporan.blogspot.com


;;