Saturday, July 17, 2010

Alhamdulillah dengan kerjasama yang erat antara guru-guru jQAF, Guru Pendidikan Islam dan juga Guru KAFA SK RPR Jalan Astana serta di bantu oleh guru-guru lain dan Guru Besar telah berjaya dilaksanakan Kem Bestari Solat untuk Tahun 3. Walaupun hanya setakat jam 1.30 tengahari tetapi semua pelajar kelihatan gembira dan suka dengan KBS ini.

Diharapkan semoga apa yang dipelajari khususnya berkaitan Solat dapat membentuk diri dan jiwa anak-anak didik SK RPR Jalan Astana menjadi manusia berguna untuk agama, bangsa dan negara.







































Alhamdulillah Majlis Isra' dan Mikraj peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Selain dari ceramah kami telah mengadakan aktiviti kuiz untuk tahap 1 dan tahap 2. Kelihatan semangat anak-anak didik begitu berkobar-kobar untuk menjawab kuiz tersebut.

Maklumat Program

Hari : Jumaat
Tarikh : 16 Julai 2010
Tempat : Dewan Arena PIBG
Penceramah : Ustaz Hassan Basri Hasbullah ( SMT Sejingkat )

;;