Saturday, May 22, 2010

Alhamdulillah banner Selamat Datang Ke Bilik jQAF SK RPR Jalan Astana, Kuching telah selamat sampai ke sekolah. Kami menempah banner ini dengan syarikat Media Tilmiz kat semenanjung. Harga banner ini yang bersaiz 6 kaki x 4 kaki RM 95 dan kos penghantaran RM 12.

Banner ini lebih kepada menyambut pelawat ke bilik jQAF dan menggunakan Bahasa Arab di atas sebagai memartabatkan bahasa sebagai bahasa sapaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu yang dibawah itu bukanlah terjemahan kepada Kalimah Tarhib di atas tetapi untuk memudahkan kefahaman kepada pembaca atau pelawat.

Dengan adanya banner ini diharapkan lebih menyerikan lagi bilik jQAF SK RPR Jalan Astana dan InsyaAllah dari masa ke semasa akan ditambah lagi keceriaan untuk bilik jQAF serta pemantapan jQAF dan segala pandangan dan idea yang bernas dialu-alukan oleh sesiapa sahaja.



Friday, May 14, 2010

Sekalung tahniah kepada Adik Nur Shahirah Bt Sulaiman (5 Kuning) kerana telah menjuarai pertandingan menulis jawi kategori tahap dua yang berlangsung di Pusat Galakan Perinsutrian dan Pameran Sarawak, Jalan P. Ramlee pada 15 Mei 2010 anjuran Perpustakaan Bandaraya DBKU.

Pertandingan ini turut disertai oleh :

* Nur Afifah ( 1 K )
* Annis Shazaleen Zamahari ( 2 K )
* Muhammad Safuan ( 3 K )
* Najaa Batrisha Zakaria ( 4 K )
* Izyan Syazwani Dzulkarnain ( 6 K )

Walaupun yang lain tidak mendapat tempat tetapi dengan kemenangan Adik Nur Shahirah menjadi penguat semangat kepada yang lain.

Tahniah sekali lagi!











Thursday, May 13, 2010


Wednesday, May 12, 2010










Inilah wajah bilik kami yang menjadi tempat mendidik anak-anak didik. Kami bertuah sebabnya dua buah bilik disediakan untuk kami berbanding sekolah lain nak dapat satu bilik pun susah :)

Monday, May 10, 2010

1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 pada 16 Mei 2010 pada pukul 9.30 pagi di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang, Pahang Darul Makmur.

2. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang ini, beberapa aktiviti akan diadakan seperti Forum Pendidkan dan juga Pameran Pendidikan.

3. Anugerah yang berprestij seperti Tokoh Guru Kebangsaan 2010 akan diserahkan kepada tokoh-tokoh guru yang telah berkorban dan berbakti di dalam bidang perguruan.

4. Puncak Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 ini adalah penyerahan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2010.


5. Tema Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam Forum Pendidikan yang akan berlangsung pada pukul 2.45 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Kolej Shah Putra, Kuantan, Pahang.

Maklumat lanjut dari web kementerian



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2010 ialah Guru Pembina Negara Bangsa sama dengan tahun lepas.

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

a.Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

b.Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

c.Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sistem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

d.Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Sumber:( http://www.moe.gov.my/)

Nota kaki:
Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. “Negara” (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala “bangsa” ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah “negara bangsa” menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, hal ini menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme. ( Wikipedia Bahasa Melayu)

Lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Download Lagu

;;