Tuesday, April 27, 2010










Tasmik merupakan salah satu dari program jQAF. Antara objektif tasmik ialah supaya pelajar mampu membaca Al-Quran dengan betul, lancar serta fasih.

Dan untuk tahun satu akan dimulakan dengan mentasmik (mengajar) Iqra' terlebih dahulu, jika pelajar sudah menguasai Iqra' barulah boleh berpindah kepada membaca Al-Quran.

Pelajar-pelajar SK RPR Jalan Astana telah dibahagi kepada 80 orang lebih untuk seorang guru jQAF. Guru jQAF ini bertanggungjawab mentasmik dan mengajar pelajar-pelajar dibawah seliaan mereka supaya boleh membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.

Masa tasmik telah dibahagi seperti berikut :

Tahun 1 Kuning dan Merah - Setiap Hari Isnin (12.00 tgh - 1.00 ptg)
Tahun 1 Hijau dan Biru - Setiap Hari Selasa (12.00 tgh - 1.00 ptg)

Tahun 2 dan 3 - Setiap Hari Isnin ( 2.30 ptg - 4.30 ptg )
Tahun 4 dan 5 - Setiap Hari Selasa ( 2.30 - 4.30 ptg )

Tahun 6 mengikut keselesaan guru jQAF

Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri sessi tasmik ini kerana kami Panitia jQAF perlu menyediakan laporan dan analisis kepada Pegawai Atasan berkaitan perkembangan program Tasmik.

Apa yang diharapkan semoga usaha murni ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak samaada dari ibubapa atau staf SK RPR Jalan Astana seterusnya memperolehi ganjaran yang lumayan dari Allah S.W.T

" BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI "





Warga SK RPR Jalan Astana mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Yang di Pertua Negeri Sarawak atas sumbangan kain untuk majlis Khatam Al-Quran Perdana SK RPR Jalan Astana.

Majlis Khatam Al-Quran Perdana tersebut akan diadakan pada 23 Oktober 2010 yang melibatkan 130 pelajar dan 56 orang staf SK RPR Jalan Astana.

Semoga Allah akan menambahkan lagi rezeki dan keberkatan kepada TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Monday, April 26, 2010






























Wednesday, April 14, 2010

Tazkirah 2 minit


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)


Sesungguhnya setiap amalan kita berkait rapat dengan niat kita dari awal lagi, kalau niat kita baik maka baiklah kerja yang kita lakukan tetapi jika kerja yang kita lakukan untuk mendapat nama, kedudukan dan habuan hanya itu sahaja yang akan kita dapat tetapi jika nawaitu kita didasarkan kepada Allah S.W.T semata-mata kerja yang dilakukan akan menjadi ringan dan mudah sekali serta akan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Program Kem Bestari Solat yang dilaksanakan untuk Tahun 1 dan Tahun 2 baru ini telah diperkemaskan dari segi kehadiran pelajar.

Yang mana jika pelajar yang tidak hadir Kem Bestari Solat baru-baru ini telah diminta untuk memberikan sebab kenapa mereka tidak hadir ke Program Kem Bestari Solat tersebut.

Untuk Tahun 1 hampir 20 orang tidak hadir begitu juga dengan tahun 2 iaitu 18 orang diminta untuk menyatakan kenapa mereka tidak dapat hadir.

Sebahagian ibubapa telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah khususnya kepada Panitia jQAF sendiri dengan menulis surat dan ada lagi yang masih belum menghantar surat tersebut.

Jika pelajar sakit kita tidak akan mengambil tindakan tetapi yang tidak mempunyai alasan yang munasabah sahaja akan diambil tindakan

Saturday, April 10, 2010










;;